ulasan keputusan pilihan raya kecil terbaru

sekian lama tidak menulis post yang baru bagi blog ini, kini kembali dengan sedikit sentuhan politik tanah air, mungkin ramai yang mengikuti proses pilihan raya kecil terbaru Malaysia iaitu di Bagan Pinang. Keputusan yang didapati memang menarik untuk di komen. Hasil pembacaan di internet, secara rambang bolehlah dirumuskan (pendapat aku) kekalahan teruk PAS bagi aku adalah kerana manipulasi undi pos dan ketidakberkesanan jentera PAS/PR di Bagan Pinang yang mungkin kurangnya tenaga tempatan. Ramai tenaga diimport dari luar Bagan Pinang yang mana mengurangkan kesan pengaruh PAS terhadap pengundi yang dirasakan lebih 50% adalah atas pagar. Sekian rumusan ringkas aku..

Apa perlu buat apabila kad atm anda tidak diterima di mesin atm?

Pengalaman yang dihadapi hari ini bilamana cuba mengeluarkan duit dari mesin atm menggunakan kad atm. Sebanyak 3 percubaan gagal sebelum itu di mana mesin atm mengeluarkan arahan kad anda tidak dapat diterima. Apa yang dibuat ialah dengan menggunakan kuku, mengikis sedikit cip yang terdapat pada kad atm tersebut, lalu kembali dengan percubaan ke-4, terus dapat melakukan transaksi mengeluarkan duit. Jadi, ini mungkin berlaku kepada anda dan bolehlah anda mencuba kaedah ini.

Bagaimana sensitiviti kita tentang situasi palestin

Rasa terpanggil untuk membuat sesuatu bagi membantu palestin dalam berdepan dengan Israel yang semakin mengganas dengan menghancurkan Gaza. Apa yang boleh kita buat dari jauh? Salah satu cara ialah dengan memboikot barangan Israel/Amerika yang mana Amerika dilihat jelas memberi laluan kepada Israel untuk menghentam Palestin. Disamping memberi sumbangan dalam bentuk wang (menderma), itulah (boikot) antara jalannya. Melihatkan di masa ini, terdapat banyaknya barangan buatan mereka yang berada dipasaran yang begitu menarik oleh cara pemasaran mereka, sedangkan kita mempunyai alternatif untuk tidak menggunakan barangan mereka. Oleh yang demikian, langkah pertama, luangkan sedikit masa untuk mengenalpasti alternatif kepada barangan buatan mereka yang membolehkan kita mengurangkan dana mereka untuk menghancurkan Palestin.

Adakah serangan habis-habisan Israel kali ini kerana hampir tamatnya perkhidmatan Bush? Itulah menjadi tanda tanya akan pengaruh/peranan Bush dalam serangan kali ini. Juga dilihat PBB tidak dapat berbuat apa-apa dengan lain kata tidak mampu memainkan peranannya terhadap Israel menampakkan PBB berada dibawah telunjuk Israel/Amerika. Oleh yang demikian, kita harus mencari jalan untuk berbuat sesuatu demi menegakkan keadilan sejagat dan mencari jalan untuk melemahkan ekonomi mereka di mana itulah satu-satunya cara buat masa ini disamping berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah untuk kebangkitan Islam memerangi mereka.

Program spy dan remote administration untuk Windows.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan program spy untuk pc mereka bagi memerhati pengguna pc anda yang selain anda maka bolehlah mencuba program Turkojan ini.Program ini boleh digunakan oleh para pengguna Windows pc untuk tujuan untuk menguruskan pc, monitor pekerja, monitor anak-anak semasa menggunakan pc. Ianya bertindak sebagai spy untuk anda. Untuk mendapatkannya anda boleh mendownload dari sini. Selamat mencuba.

Kewangan anda menjelang 2009

Pagi tadi di Malaysia Hari Ini TV3, terdapat sajian berkenaan perbelanjaan berhemah yang disampaikan oleh tetamunya iaitu shamsuddin. Didapati pengisiannya menjurus kepada kaedah penyimpanan 30% (buffer) bulanan untuk kecemasan lebih-lebih lagi dalam mengharungi tahun 2009 yang dijangka penuh dengan masalah ekonomi. Setelah menonton (secara tak sengaja), dapatlah juga serba sedikit idea bagaimana untuk merangka kewangan untuk keluarga supaya dapat mengharungi tahun 2009 dengan meyakinkan yang dijangka lebih mencabar kerana bersabit dengan masalah ekonomi global. Juga diselitkan laman web shamsuddinkadir.com untuk dikunjungi untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kewangan.

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.