Kaedah mengakses pc anda dari jauh (remote)

Dunia internet banyak memberi manfaat kepada sesiapa yang menggunakannya. Terdapat pelbagai gaya olahan bagi membantu pengguna internet mencapai apa yang diingini. Menggunakan server Logmein membolehkan pengguna memanfaatkan servisnya yang menjuruskan kepada kemudahan pengguna mengakses pc/server dari jauh seperti pengguna berada di depan pc mereka! Walaupun sekian lama kemudahan ini telah diadakan secara percuma, namun masih ramai lagi pengguna internet masih tidak menyedari akan kewujudan dan peranannya.

Logmein banyak membantu saya dalam kerja seharian oleh kerana kerja sebagai system admin kekadang memerlukan saya turun ke site untuk membuat 'support'. Dengan bantuan servis seperti logmein ini maka memungkin saya tidak perlu ke site untuk menyelesaikan sebahagian masalah.

Kemudahan menggunakan servis Logmein ini adalah mudah berpandukan arahan di www.logmein.com dan ianya adalah percuma sama sekali. Selamat mencuba.

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.