Perkembangan politik tanahair

Perkembangan politik tanahair dapat diikuti juga melalui internet yang merupakan satu lagi kaedah tercepat untuk memperolehi maklumat terkini. Masakan tidak, terdapat banyak laman web dan blog-blog yang menyajikan pelbagai berita terkini dan sensasi yang tidak putus-putus peng'update'tannya.

Dari maklumat Barisan Rakyat, maklumat Barisan Nasional, maklumat Kerajaan pusat yang baru, maklumat Kerajaan Barisan Rakyat sehingga ke pelbagai skandal yang disajikan yang begitu menarik perhatian pelayar internet sehinggakan laman web dan blog-blog yang menyajikannya mendapat hit ataupun lawatan yang begitu tinggi jika dibandingkan dengan laman web atau blog yang berkonsepkan selain politik.

Maka tidak keterlaluan jika aku mengatakan rakyat malaysia sangat dahagakan maklumat tentang politik tanahair berbanding maklumat lain di ketika ini. Lihat saja laman web dan blog-blog yang menyajikan maklumat perkembangan politik mendapat begitu banyak komen dari pembaca yang begitu mendapat sambutan.

Aku sendiri tidak melepaskan peluang untuk memberi komen ke atas setiap artikel berkenaan politik yang dikeluarkan. Ini menunjukkan perkembangan sihat internet yang membuka ruang untuk setiap rakyat berinteraksi antara satu sama lain. Bersambung....

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.