Cara dan gaya memulakan blog anda - edisi Wordpress

Jika anda ingin mencari kelainan dalam ber'blog' iaitu untuk mereka yang belum pernah menggunakan Wordpress sebagai enjin penggerak blog anda (selain blogger),Aku ingin memberi tips yang menggambarkan betapa mudahnya untuk anda mempunyai blog sendiri secara eksklusif.

Untuk tujuan ini, perkara pertama harus dimulakan dengan mencari web hosting percuma ataupun membelinya. Sebelum itu, fikirkan dulu apakah domain yang diminati. Pemilihan nama domain biasanya adalah berdasarkan kepada berikut:

-Ingin menonjolkan apa yang akan diketengahkan dalam webblog/blog anda nanti
-Golongan sasaran, iaitu siapa target anda untuk lawati webblog/blog anda nanti

Pakej Web hosting banyak diiklankan di internet, salah satunya, Web hosting pemilik tempatan (klik logo di bawah)

NAMSAHAZ Webhosting - Affordable webhosting for everyone!

Untuk yang mencari web hosting percuma, cubalah www.ofingo.com di mana anda akan mendapat space 300mb percuma, 7 database dan domain anda akan menjadi begini, http://(nama blog anda).ofingo.com


Setelah anda mempunyai webhosting dan nama domain, maka dapatlah anda ke langkah seterusnya, iaitu dengan mendownload enjin blog iaitu wordpress, langkahnya mudah, pergi ke http://wordpress.org/download dan downloadlah disitu (saiznya lebih kurang 1.2 mb).

Langkah seterusnya, Sila login ke panel web hosting anda, jika anda menggunakan ofingo.com web hosting, anda akan mendapati kemudahan vista panel disediakan, login ke sana dan di menu utamanya, pilih menu Databases dan seterusnya, MySQL databases dan di situ anda boleh membuat satu database untuk digunakan oleh wordpress nanti.

Seterusnya, balik ke menu utama, dan klik ke menu FTP manager>>File manager. Di menu itu anda akan mendapati paparan file-file anda. klik htdocs, dan selepas itu, klik butang Upload dan di situ anda boleh mendownload file zip wordpress yang anda download tadi.

Selesai mengupload wordpress tadi, silalah masuk ke domain anda yang alamatnya ditambah dengan direktori wordpress yang anda upload tadi.

Sebagai contoh, domain anda ... http://test.ofingo.com ,jadi anda perlu ke http://test.ofingo.com/(nama direktori wordpress)

Anda akan dipaparkan menu dan cara bagaimana untuk menginstall wordpress anda. Di situ, anda akan disuruh memasukkan nama database, database host, user login anda, password anda untuk membolehkan wordpress mengesan database yang anda cipta tadi dan memasukkan data-data yang perlu.

Seterusnya, anda akan dibekalkan dengan login admin dan passwordnya untuk anda login ke wordpress nanti sebagai admin.

Selesai install wordpress, cubalah login iaitu dengan melayari (contoh) http://test.ofingo.com/(wordpress direktori)/wp-admin.php. Anda akan dipaparkan menu-menu untuk menentukan gaya persembahan blog anda.

Selanjutnya, bolehlah anda cuba membuat perubahan di situ, dan sebagai tambahan, jika anda ingin mengubah theme/template blog anda, silalah ke http://www.wpthemesfree.com untuk mencari dan mendownload yang mana mengikut citarasa dan kesesuaian tema blog anda.

Selesai mendownload theme/template, bolehlah mengupload ke web host anda di (direktori wordpress)/wp-content/theme dan aktifkannya di menu admin wordpress anda tadi (baca readme yang dibekalkan sekali dengan theme/template yang anda download tadi).

Nah, sekarang anda mempunyai Domain, web hosting dan blog anda sendiri, terpulang kepada anda untuk langkah seterusnya.Selamat mencuba.

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.