esnips: tempat penyimpanan data di internet

Pernahkah anda melihat logo di sebelah ini? Inilah logo esnips.com yang sedia memberi anda ruang storan sebanyak 5 gb secara percuma melalui pendaftaran sebagai ahlinya. Bukan setakat ruang storan untuk penyimpanan data di internet, anda juga boleh memanfaatkan server untuk berkongsi data dengan pengguna internet lain. Terdapat 3 jenis pengkelasan dalam penyimpanan data/fail yang diberikan, iaitu persendirian, kumpulan dan umum. Dengan kelas persendirian, anda dapat mempunyai ruang storan untuk kegunaan peribadi sahaja tanpa dapat diakses oleh pengguna esnips/internet lain manakala untuk kumpulan pula, ditumpukan kepada kumpulan yang anda sendiri wujudkan melalui penghebahan email anda untuk menwarwarkan akan kewujudan data/fail anda di esnips kepada kumpulan sasaran anda. Satu lagi, kepada umum di mana, anda akan diberikan satu alamat website dalam esnips untuk membolehkan data/fail anda dihebahkan kepada sesiapa sahaja pengguna esnips/internet.Jika anda ingin mencuba servis ini, jangan ketinggalan mengunjungi esnips.com. Sekian untuk kali ini.

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.