Hari ini aku dapat kadar capaian internet yang terpantas pernah didapati dari penggunaan Wireless Broadband dari Maxis yang aku pakai sekarang.Dengan menggunakan servis speedtest.net, aku menguji kadar kelajuan capaian internet aku malam ini dan didapati kadar tertinggi setakat ini dicapai iaitu pada kadar 561kbps download dan 97kbps upload.
Aku mengambil package Starter yang ditawarkan Maxis di mana, Kadar maksimum yang sepatutnya aku dapat adalah 384kbps sahaja. Bukan senang untuk mendapat sedemikian laju di rumah aku ini yang berada di tingkat 4 rumah flat yang pada pengamatan technician Maxis, semakin tinggi lokasi, semakin payah nak dapat line secara optimum. Terima Kasih Maxis untuk buat julung kalinya selepas bertalu-talu aku membuat aduan. :).Sekadar berkongsi.
Kadar kelajuan Wireless Broadband dari Maxis.
Labels: perkhidmatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk-Tajuk Menarik
0 comments:
Post a Comment