Bagi anda yang mempunyai simpanan KWSP,barangkali ada diantara anda tidak pernah menggunakan Khidmat KWSP di laman rasminya, iaitu www.kwsp.gov.my. Di situ anda berpeluang untuk mendapatkan detail tentang akaun anda secara online dan boleh melakukan beberapa transaksi secara online.
Untuk mengaktifkan keahlian yang membolehkan anda login ke akaun anda dilaman kwsp, anda perlu pergi ke pejabat kwsp berdekatan untuk mendapatkan nombor kod pengaktifan dahulu dengan membawa i/c.
Sesudah mendapatkan nombor pin itu, barulah anda ke www.kwsp.gov.my dan mengklik butang "login kali pertama" untuk mengaktifkan kod pengaktifan i-akaun anda. Di situ, anda diminta mengisi nombor kod pengaktifan tadi beserta detail anda dan klik butang "aktifkan". Akhir sekali, login lah i-akaun anda dan mulalah menggunakannya.
Khidmat laman web rasmi KWSP menerusi i-Akaun
Labels: kerajaan, perkhidmatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tajuk-Tajuk Menarik
0 comments:
Post a Comment