Semakin hari semakin ramai yang menjadikan blog sebagai media peribadi termasuk aku. Memandangkan terlalu banyak blog yang wujud masakini. Google telah mengambil langkah untuk mewujudkan teknologi pencarian yang berfokuskan kepada blog. Dengan adanya servis secara percuma seumpama ini, kaedah pencarian akan lebih efektif (bergantung kepada pengguna untuk memanfaatkannya).Terdapat beberapa cara untuk menggunakan servis Blog Search ini, iaitu dengan melayari http://blogsearch.google.com ataupun http://search.blogger.com ataupun menggunakan Blogger Dashboard ataupun menggunakan Navbar di mana-mana Blog*Spot blog. Tujuan Blog Search ini diwujudkan adalah untuk memasukkan setiap blog yang ada 'site feed'(samaada RSS atau Atom), bermakna termasuk servis selain Blogger sendiri. Ketahuilah servis ini lebih lanjut dengan melayari http://www.google.com/help/about_blogsearch.html#what .Sekian, selamat berlayar!
0 comments:
Post a Comment