Mempunyai banyak akaun email?


Anda mungkin salah seorang yang mempunyai banyak akaun email dan sukar untuk menguruskannya bilamana terpaksa login dari satu email ke satu email untuk melihat "incoming mail"

Cara yang aku praktikkan sekarang ialah dengan mewujudkan akaun email induk bagi semua akaun2 email aku yang ada itu. Akaun email induk ini berfungsi untuk menerima email-email masuk (incoming mail) dari akaun email aku yang lain (diforwardkan) dengan tujuan untuk memudahkan aku monitor, hanya perlu login pada akaun email induk.

Jika anda ingin mencuba, sila ikut langkah berikut:

1) login ke email induk yang dicadangkan (macam aku guna gmail)
2) klik menu "Create a filter"
3) masukkan alamat akaun email anda yang lain2 itu di ruangan "To:"
4) dan letaklah nama email tersebut sebagai label
5) gunalah warna yang berbeza disetiap label yang dicipta itu bagi memudahkan carian.
6) login ke akaun email anda yang lain
7) pergi ke menu "settings"
8) klik menu "Forwarding and POP/IMAP" dan masukkan alamat email induk anda itu di "Forward a copy of incoming mail to" dan klik save changes.
9) ulang langkah 6 - 8 di akaun email anda yang lain.

Nah, sekarang anda hanya perlu login ke email induk sahaja untuk memonitor "incoming mail" anda. Selamat mencuba.

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.