Tips mengisi dan menjimat minyak


Berikut ringkasan tips mengisi minyak bagi mengoptimumkan penggunaan minyak anda.

1) Isi minyak pada seawal pagi di mana cuaca dalam keadaan paling sejuk dalam seharian.
2) Semasa mengisi minyak, gunakan pengepam minyak pada tahap paling perlahan.
3) Isi minyak di masa baki minyak kereta anda separuh penuh.
4) Elakkan mengisi semasa lori penghantar minyak memasukkan minyak ke stesen minyak tersebut.
5) Elakkan memandu secara agresif , tekan minyak pada kadar yang perlahan-lahan.
6) Elakkan menghidupkan kereta dan terus memulakan perjalanan dengan pantas.
7) Sentiasa menjaga kadar kelajuan yang ditetapkan terutama di lebuhraya.
8) Elakkan kaki kanan anda berada di pedal brek semasa memandu.
9) Kurangkan/buang halangan angin pada kereta anda, seperti rak atas atap kereta, pakai masa perlu sahaja.
10) Bersihkan kereta anda, keluarkan yang mana tidak perlu.
11) Sentiasa menjaga angin tayar anda supaya berada dalam keadaan cukup dan tidak lebih.
12) Dapatkan "spark plug" yang berkualiti untuk pembakaran minyak yang optimum.


Selamat mengisi minyak.
***Sebarang kerosakan/kerugian berlaku jika anda mengamalkan tips mengisi dan menjimat minyak ini adalah tanggungan anda sendiri.

Link berkaitan:

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.