Antara politik, kereta dan rumah

Bercakap mengenai politik Malaysia, fuhh, sungguh membelenggu hidup dek kerana keberkaitan kita, rakyat Malaysia dengan kerajaan. Semua gara-gara kita sebagai pengundi yang mengangkat pemimpin yang mengemudi kerajaan sekarang ini. Banyak isu dari peribadi pemimpin itu sendiri sehingga kepada isu-isu rakyat yang dilihat semakin melambak dan panas untuk diperkatakan.



Mengambil isu kenaikan harga minyak yang paling banyak diperkatakan di ketika ini, perang mulut berlaku antara kerajaan dan pembangkang yang masing-masing (diharapkan) untuk membela rakyat. Apakah tindakan yang dibuat dengan menaikkan harga minyak di saat ini adalah cara terbaik? Difahamkan kenaikan itu akibat kerajaan tak mampu lagi menanggung beban subsidi minyak, nah, rakyat yang dijadikan mangsa. Mungkin semua itu disebabkan pengurusan kewangan oleh pihak kerajaan tidak efisien. Tidak adakah cara lain dari menaikkan harga minyak?

Lihatlah pendedahan pendapatan para menteri, sungguh tidak masuk akal. Dari situ kita lihat, antara cara nak jadi kaya ialah menjadi pemimpin rakyat. Adakah cara ini betul? Juga melihat bagaimana perjanjian kerajaan dengan syarikat tol, yang menekan pengguna jalan raya dengan kadar tol yang begitu tinggi. Bukankah jalan itu tanggungjawab kerajaan dan keperluan rakyat yang harus disediakan tanpa "caj" sebegitu? Apakah kita sebagai rakyat Malaysia berpuas hati dengan apa yang ada sekarang?

Dari pemerhatian aku, sebenarnya, jika kena pada tempat sistem kerajaan, kepandaian mengurus kewangan negara, boleh banyak meringankan beban rakyat berbanding sekarang. Apa yang aku nampak, peranan bank untuk pembelian kereta, rumah oleh rakyat boleh dikurangkan/dihapuskan. Mengambil contoh pembelian kereta, jika kerajaan memainkan peranan mewujudkan/menyalurkan dana kepada syarikat pengeluar kereta contohnya Proton, di mana si pembeli boleh terus membeli kereta tanpa berurusan dengan bank. Sistem pembayaran ansuran dengan tiada interest boleh digunakan dan ini dapat mengelakkan dari sistem riba yang diamalkan bank sekarang ini, secara tidak langsung dapat membantu rakyat dengan tiadanya tekanan interest. Begitu juga dengan rumah. Kerajaan boleh memperkasakan kementerian perumahan untuk tujuan meringankan beban rakyat.

Sekadar memberi pendapat kepada sesiapa yang membaca. Manalah tahu, menteri ke baca, semoga kita mendapat petunjuk daripada Allah atas kehidupan kita di atas muka bumi, dan seterusnya Akhirat nanti. Wallahua'lam

Link berkaitan:

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.