Panduan Ringkas Menulis CV

Apa yang perlu untuk kita mendapatkan pekerjaan pada mulanya ialah dengan mendapatkan peluang anda berinterbiu dengan bakal majikan anda. Jadi untuk itu, maka perlulah anda mengemukakan satu CV yang menarik ke arah membantu anda untuk mendapat peluang berinterbiu dan seterusnya peluang untuk mendapatkan kerja. CV merupakan peluang anda memberitahu bakal majikan yang anda mempunyai skil dan pengalaman yang diperlukan dan andalah orang yang mereka cari!

Perkara penting yang harus difikirkan sebelum menulis CV anda ialah, apa yang nak disertakan, sejauh mana perincian yang diperlukan dan bagaimana menjadikan CV anda lebih menarik dari yang lain.

Juga harus diberi perhatian tentang panjang mana / berapa muka surat CV anda. Ia sepatutnya senang dibaca dengan mempunyai jarak antara "section" dan tidak lebih dari 2 muka surat panjang (hanya senior exec yang mempunyai banyak pengalaman sepatutnya mempunyai CV yang lebih muka surat). Bagaimana memuatkan CV dalam 2 muka surat? Satu cara, dengan tidak meletakkan "CV" atau "Curriculum Vitae" pada bahagian atas.

Apa yang perlu diletakkan? Mulakan dengan detail peribadi, nama anda, alamat, contact.Terpulang pada anda untuk menyertakan umur, status dan kewarganegaraan atau tidak.

CV anda tidak seharusnya menceritakan kisah kehidupan anda, tetapi ditulis berkaitan kerja yang anda minta dengan memahami iklan kerja tersebut, ciri-ciri pekerja yang dikehendaki dan berfikir tentang skop kerjanya. Ambil masa untuk kenalpasti tentang aktiviti utama bakal majikan anda.

Juga jangan lupa meletakkan Profil peribadi anda seperti kualiti, skil, latarbelakang kerja dan pencapaian anda.Seterusnya, letakkan sejarah pekerjaan, pembelajaran dan latihan yang telah anda buat, hobi dan kelebihan, maklumat tambahan dan akhir sekali letakkan rujukan.

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.