Anda sawan anda pemandu


Teringat satu kejadian kira-kira 9 tahun dahulu. Di mana aku bersama-sama kawan-kawan dalam pemanduan kereta dalam keadaan sederhana laju, dalam kebiasaan pemanduan di lane tengah, tiba-tiba, satu kereta memecut laju (agak laju)memotong di sebelah kiri. Di masa itu, terdapat kereta di depan.

Tiba-tiba, sebelah kanan kereta yang memotong tadi melanggar sebelah kiri kereta depan beberapa kali dan kemudian meluncur ke bahu jalan yang terdapat divider dan tiang sign board, terus terhenti di situ.

Kami pun berhenti melihat keadaan pemandu kereta itu. Di lihat, cermin kereta tertutup rapat, enjin masih hidup, pemandunya dalam keadaan sawan. Ya, dalam keadaan sawan. Itulah yang menjadikan dia tidak dapat mengawal keretanya.

Kami melihat dia dalam keadaan sawan tanpa ditolong oleh kami seketika itu oleh kerana kereta terkunci dan cermin tertutup rapat. Seketika lagi, ada yang mencadangkan cermin kereta dipecahkan, salah seorang pun mengambil langkah itu, baru sekali hentakan (cermin tak pecah lagi), pemandu itu sedar. Kami meminta dia membuka pintu. Alhamdulillah dia (seorang wanita) selamat.

Keretanya remuk di depan akibat melanggar tiang signboard. Moral di sini, jika anda ada penyakit sawan, jangan memandu ataupun cari langkah selamat yang lain.

Link berkaitan: kursus pelajaran pemandu

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.