Harga minyak naik lagi

Episod harga minyak naik kembali hangat. Hari ini, disaat penulisan ini, tinggal 2 jam lagi harga minyak akan dinaikkan. Baru tengahari tadi aku mengisi minyak kereta aku, tetapi rm20 sahaja (kalau ku tau masa tengahari tadi harga minyak akan naik, tentu aku isi penuh) .Balik kerja dalam pukul 6 tadi, dilihat setiap stesen minyak disesakkan oleh kenderaan-kenderaan yang ingin mendapatkan minyak sebanyak mungkin oleh kerana hari ini hari terakhir untuk mendapat harga kurang 78 sen seliter petrol sehingga 12 malam ini.

Berita tv3 jam 8 malam tadi, menyebarkan pengumuman perdana menteri akan berita kenaikan harga minyak itu beserta alasan kenaikan, apa dalam pemahaman aku, kenaikan itu disebabkan kerajaan tak mampu lagi menanggung subsidi. Lalu di sertakan juga pelan pembayaran tunai kepada yang layak bagi menyejukkan hati para pengguna minyak.

Patutlah 2-3 hari kebelakangan ini, cerita minyak di sempadan Malaysia dihangatkan. Rupa-rupanya, itulah langkah untuk membuka mata rakyat yang harga minyak negara bersempadan Malaysia lebih tinggi bagi melembutkan hati rakyat dahulu sebelum pengumuman kenaikan itu hari ini. Semoga, dengan kenaikan ini, dapatlah kita berfikir lebih waras, ke mana hala tuju kita dan strategi yang patut kita buat untuk masa hadapan. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

Link berkaitan: harga minyak naik

0 comments:

Tajuk-Tajuk Menarik


Blog ini telah menerima
lawatan(hits) semenjak 26 April 2008, terima kasih kepada para pelawat.